Ada sebuah syarikat yang sangat kejam umpama kekejaman ISRAIL terhadap penduduk Palestine. Syarikat tersebut tidak dapat mengawal kekejamannya dan kezalimannya walaupun pekerjanya hanya melakukan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, kerajaan langit telah memberi tender kepada syarikat tersebut dengan seguni paku.
Management syarikat bertanya : "Untuk apakah paku-paku ini wahai kerajaan langit
Kerajaan Langit menjawab : "Setiap kali syarikat kamu terasa untuk membuat kekejaman dan kezaliman, kamu pakulah tembok batu di hadapan syarikat kamu di DAMANSARA ini. Ini adalah bagi melepaskan rasa kekejaman dan kezaliman mu"
Pada hari yang pertama sahaja, syarikat tersebut telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok hadapannya. Dan keadaan ini berlarutanlah sehingga hari-hari yang berikutnya. Selepas berkurun lamanya, syarikat tersebut telah dapat mengurangkan kekejeman dan kezalimannya....maka dengan itu, berkuranglah jumlah paku yang digunakan bagi memaku tembok batu tersebut. Lama-kelamaan, syarikat tersebut mendapati, adalah lebih mudah mengawal kekejamannya dan kezaliman dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana syarikat tersebut tidak lagi bersifat kejam dan zalim setelah di kawal selia oleh kerajaan langit kembali. Management tersebut telah menghantar report kepada wakil-wakil kerajaan langit mengenai berita gumbira tersebut. Dengan rasa bangga, kerajaan langit mengucapkan tahniah dan menyuruh syarikat tersebut mencabut kembali paku-paku yang telah di ukirnya di tembok setiap hari yang ia lalui tanpa kekejaman dan kezaliman. Hari berganti hari, dan akhirnya syarikat itu telah berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Syarikat tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada kerajaan langit dengan bangganya.
Lantas kerajaan langit berkata : "Syarikat! kau telah melakukannya dengan baik, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau membuat sesuatu dengan kejam dan penuh kezaliman terhadap periuk nasi orang, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka serta maki hamun yang tak habis ke atas mu! sama seperti lubang di tembok ini. Syarikat! kau boleh menikam seseorang dari belakang dengan pisau mahupun membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Morale of the Story:
1. Aku sangkakan kekejaman ISRAIL adalah sangat dashyat...tetapi ada yang lebih kejam dari itu...
2. Selamat berjuang untuk diri anda sendiri dan bukan untuk bosmu dan syarikatmu!
* kisah teladan ini telah dipetik dari sumber-sumber yang telah digunapakai oleh sebuah syarikat besar di bawah sebuah kementerian yang telah mencampakkan aset berharga iaitu aku :(