Tertanggal 17 Ogos 2009, bangun pagi aku rasa macam nak demam gayanya. Tapi tak lah sampai 75% lagi...aku selalunya kalau dah mencapai 75% baru aku jumpa doktor untuk aambil MC bukan ubat yea. Kalau dah capai tahap 175% tu barulah aku gagah ambil ubat-ubatan yang patut mahupun secara tradisional mahupun berjumpa pengamal perubatan tradisional,..
Sepagi lagi aku dah pergi ke klinik untuk mendapatkan MC. Huh..., lega walaupun aku sememangnya demam sikit, doktor yang baik hati tu ada pesan kalo demam aku meningkat lagi 25% boleh datang lagi esok just untuk sambung MC. Memandangkan aku nie agak dedikasi nak ke opis esok, untuk berjumpa kawan-kawan baru la yang kepala masuk air, aku gagahkan juga diri berangkat ke opis untuk keesokkan harinya. Walaupun, lepak di rumah bersama suami tercinta lagi macho aku rasa la...
Sepetang, aku dengan rasa agak sedih kerana aku sangka si mamat sekor nie nak belah dah dari Angkasapuri. Macam cilakak dan rasa nak tampar bontot dia yang agak jauh ketengah tu...ada ka patut, kalau nak tipu pun agak2 la. Jangan sampai nak menipu orang tua berumur 32 tahun yang menangis sampai kering air mani...
Diskas punya diskas2 akhirnya port melepak untuk malam nie kat rumah aku. Mie kalau dapat PS2, agak2 la. Lupa bini. Aku kira macam waiter kat pub tukang bancuh air la. Nasib baik kira malam nie agak rajin nak catat catit cacat sesuatu kat dalam blog yang dah berkurun aku tak tulis. Tunggu shafiq dan bini dia fina, bagai daun luruh di makan ulat. Haus pun ada...Screwdriver dah aku hidang dari tadi. Agak2 lupa jalan ka hapa. Huh...dunia penuh dengan pelakon...Pelakon yang masuk air yang sakit mental pun ada!
moral of the story : pelakon ada banyak tahap...kelas atasan dan bawahan...yang tak boleh belah pelakon yang tak mintak bayaran...
sudah 1 tahun 6 bln 29 hari
12 years ago