"Thoughts Of The Day"

" seharian mengadap muka bos...kalau bosan, better enjoy life sebelum kena kick kat tempat lain"

Monday, September 8, 2008

Riang ria Ramadhan...


Pagi itu,dengan ke'sepaian'an taik mata,aku bangkit dengan penuh dendam dan semangat membara.Hari ini aku yakin yang aku mampu melaksanakan nya.Ibarat pepatah melayu,jangan di jolok sarang tebuan,kalau kail panjang sejengkal..lautan dalam jangan di duga..dengan semangat Sonny Chiba,aku bangkit dengan senyuman bertaring air liur basi kering sambil mengerling ke cermin dan senyum sinis..hehehe..hari ni aku pasti menang!Hatiku berkata kata.Dengan yakin,aku melangkah terus ke kamar mandi untuk membuang daki..sesudah itu aku pun bersiap2 walau pun aku bukan nak kemana pun,tapi aku tetap nak bersiap walaupun aku hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju.Dengan gaya rambut sikat tepi,berseluar pendek adidas merah,dan tidak berbaju,aku terus meluru ke ruang tamu.sebaik saja daun pintu terbuka,dengan sepantas kilat juga hidung ku mengesan bau yang wangi yang mampu merangsangkan nafsu makan ku yang bila bila masa aje akan terbuka di ibaratkan "orang yang mengantuk disorong bantal".Tiba-tiba mata ku terpandang akan kelibat berketul ketul ayam goreng panas di atas meja.ppeeeerrrrggghh!!! Ini betul2 menggugat kestabilan seleraku di bulan nih.Kegagalan perjuangan ku sudah semakin menerbitkan sinarnya.Aku tak mampu menahannya lagi,langkah segera harus ku ambil..perjuangan ku yg umpama 'Street Fighter' itu sudah tidak boleh kupakai lagi.Dalam kekalutan yang tak mampu ku bendung itu,satu keputusan drastik harus di ambil,YA! cuma satu keputusan sahaja yang aku perlukan??.........aaaahhh!lupa kan pasal perjuangan yang aku tanam dalam diri aku malam tadi.Ni semua pengaruh luar je...Nekad tetap nekad,maka satu keputusan telah dicapai diantara aku dan ketulan2 ayam goreng tadi...jadi kami telah bersetuju,sukasama suka,ketulan ayam tersebut bersetuju untuk di lahap oleh aku sementara aku pulak bersedia untuk melahap ketulan2 ayam tersebut.....buuurrrppp!

p/s:Ni aku cerita ni untuk moral je..tak digalakkan ikut.kalau boleh tahan nafsu,tahan la....tak baik oooo.....kalau tak tak boleh tahan contact aku..hehehe...

Wednesday, September 3, 2008

Selamat berpuasa...

kat sini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua bloggers bloggists...kepada mereka yang suka buka laman blog,kepada mana2 kawan yang kenal aku...selamat berpuasa..kepada yang berkenaan,ini satu pengumuman..bermula di bulan ramadhan ni,maka dah start dah kiraan waktu Tehran kita ni...jadi jangan segan silu untuk meng'invite'kan aku ni ke mana2 majlis berbuka puasa mengikut waktu Tehran ni...ku menanti dengan penuh debar...hiks!

Hati hati bila menziarahi orang meninggal...Hehehe...

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ..
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of
this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang
tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap
panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang.
Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah
perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya
tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man
tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun
dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air
lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan
syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada
bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh
orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya
terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
(tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya
sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan
saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
meninggal.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan
ikhtibar.
Cerita ni aku saja je cedok dari kisah masyarakat tapi aku tak pasti siapa dan dimana ia berlaku.tapi ia hanya untuk tujuan perkongsian.bukan kongsi,bilik yg indon kontrak tu duduk.atau bukan 'kongsikong sikong sini'lagu raya cina tu..pasal ni dah bulan posa tak lama lg kite yg raya..begitu la citer nya....