2010
Hah! Dah bulan tiga, 2010 yea? Tak sedar aku masa berlalu sepantas bil-bil elektrik yang aku gunakan. (Ibarat dua kali sebulan). Tido bangun tido bangun aku masih di sini. Blog nie dah berkurun lama aku tak jengah. Rindu pada penulisan-penulisan meluah hati perasaan. Hari nie tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis sambil mendengar lagu underground zaman dulu-dulu. Offspring, Why Don’t You Get a Job.....
Bila takde SEN je, mula la teringatkan zaman remaja yang tak payah pikir mana datangnya wang ringgit? Yang aku tahu duk main converter mata wang dalam handset pak aku berapa nilai kalau di tukar duit sekolah yang mak pak bagi untuk laptop. Hah...ridiculous betul aku nie.
Tahun nie, aku mulakan hidup dengan azam baru. Cita-cita baru. Cadangnya nak cari JOB yang sesuai dengan jiwa dan impian aku selama nie. Tapi...dah bulan March sekarang...apa yang aku dapat? Dari hari ke hari aku masih tetap kat sini. Bayu Tasik, Permaisuri. Tunggu apa pun aku tak pasti. (nasib baik ada Mie suami yang pasti memahami segala situasi )
Suatu hari aku ambil inisiatif study latar belakang dan salasilah family. Mahupun belah pak mahupun belah mak...Ada sesuatu yang memusykilkan...nak percaya harus rasanya. Tak nak percaya kalau di biarkan merosak diri sendiri dan keluarga nanti...hari-hari kenapa mesti aku nak fikir pasal benda puaka nie? Ah BULLSHITTTT!
Semalam pikir ape nak jadi pulak esok! Hari nie pikir ape nak jadi pulak besok! Boleh Migrain aku hari-hari pikir benda yang sama...Sen dalam poket ada berapa ciput je lagi. Punya seksanya jiwa ibarat asid masuk dalam tekak yang penuh ulser...nie dah kira ibarat orang gila menagih simpati tuan kedai kasi nasi sebungkus dua nak buat lapik perut...Tapi..dengan adanya kekuatan cinta suami isteri, biar lautan bergelora, tsunami menghempas bumi, gempa bumi mencapai tahap 10.10 skala rector pun, kami sanggup meredahinya...perghhhhh!
Bangun tengahari, mie dah pegi keja. Masak aje keja aku sekarang nie...dah habis semua jenis cucur aku masak. Dah habis bahan dalam peti ais aku geledah. Ajinomoto habispun, aku kena pikir 69 kali nak kasi tahu mie. Duit gaji yang ciput cukup untuk bayar keta dengan survive untuk 4-5 hari aje...bil-bil letrik, telpon, bank, broadband, rumah, kalau nak di kira satu-satu boleh jadi gila aku tengok angka-angkanya...tu tak termasuk bil astro lagi...nasib baiklah aku nie bukan jenis pencinta TV nak tengok AF bagai...paling-paling aku selongkar balik cd-cd lama nak hilang stress berfikir setiap hari...nak tengok wayang? Jauh sekali la...20ringgit baik aku buat beli ajinomoto yang dah habis tu.
Apa yang penting? KERJASAMA!...nasib baik la ada mak mentua, makpak aku, dan cik nah yang kasi moral support dan kadang-kadang aku terpaksa pau juga sen diorang..hah! Ada orang lain kesah?
Kalau la ada makhluk tuhan yang baik hati nak kasi aku 2 tiket free tengok konsert rock nak aje aku kasi kiss kat lutut dia...rasa nak head banging sampai keluar habuk-habuk, pikiran-pikiran kusut aku yang tak terlerai-lerai nie...tapi siapa? Nak petik gitar tak de talent terpendam. Nak menyanyi tak cukup sen nak lepak karaoke $1. Nak report kat makpak buat berserabut kepala lagi ada. Nak story kat kawan, bukan diaorang nak faham ape masalah aku sebenarnya...Apa yang aku dapat buat ialah dengan menulis tanpa was-was meluahkan apa yang ada dalam benak fikiran aku ni. Harap-harap tak ada sesiapa la yang nak tersinggung pulak. Silap-silap keluar saman pulak kes aku nak luah perasaan dalam blog ni...hah...bangsat.
Sedap jugak layan lagu Weezer-No One Else nie yea...Teringat masa umur aku 20 -21 tahun dulu...masa tu pun hidup stress jugak. Bila stress aje Weezer...bila stress aje Weezer...dah dekat 10 tahun berlalu...benda tetap sama...Weezer tetap hot di hati aku...hah promo!
Kenapa bila si sengkek semakin sengkek? Dan si kaya semakin beriban-riban duit dalam wallet? Ini bukan satu jawapan yang perlu di cari. Tetapi, yang aku pasti si sengkek tak ada modal nak memulakan kehidupan...bila dah taka de modal sah-sah de-motivated. Nak pi kerja pun perlu pikir soal jarak, minyak keta, tambang LRT, sen untuk makan lunch...argh...macam-macam.
Hari ini adalah hari yang sama...semalam tetap sama dengan hari ini...dah masuk April 2010. Aku tetap di takuk yang sama. Ah...parah nie. Bila mau bangkit ahmoi? Bosan dengan lagu alternative, aku start layan lagu2 disko jadah nie kenapa? Oh tidak!! Baru tadi dapat call dari mama kata ‘bala’ nak datang lagi bertandang di rumah. Ape punya hipokrit la manusia. Masa nak guna lembut kuku dari jari...masa aku tak diperlukan kau buang macam najis anjing...Kau nie tak reti bahasa kah? Kau nie tak faham kah keadaan aku? Agak-agak la nak 1 Malaysia pun. Benda yang paling scary dalam hidup aku adalah nak menghadapi si bala yang satu nie...
Bangun tidur, bila pandang kiri nampak dinding, pandang kanan nampak dinding. Pandang atas meja nampak laptop. Broadband dah masuk kubur. Bosan nak mampus. Tulis sahaja dulu pada MS word nie Maya oi...nanti lu boleh paste dalam blog. Aku pun tak pasti apa yang aku duk buang masa nie. Tahap passion dan positif untuk berdiri semula dalam diri semakin negative. Memang bahaya. Memang menakutkan. Tak Nampak langsung masa depan. Hanya dipenuhi dengan harapan-harapan palsu yang semakin kabur. Dah macam casper aku nie jadinya. Kalau di lihat dengan mata kasar memang tak nampak kelibatnya, tak perasan kehadirannya.
Aku nak Tanya u all lah...aku nie ego ke? Aku nie standard sangat kah? Aku nie ape sebenarnya? Tak kan kerana kisah-kisah silam lampau aku masih perlu menerima penangan pahit sampai ke hari ini? Cukup la setahun dua. Cukuplah...mama! ayah! Maafkan maya andainya ada lagi cebisan-cebisan dosa yang telah maya lakukan hingga tahap derita ini yang terpaksa maya tanggung. Suami yang dikasihi, ampunlah dosa isteri andainya ada yang terkurang tanggungjawab aku ni. Ya Allah! berdosakah aku? Derhakakah aku? Aku pasti setiap hambamu ada melakukan kesalahan semasa hidupnya di bumi yang serba-serbi dugaan sana-sini. Aku dah tak cukup kuat untuk menghadapinya. Aku tak tahu di mana salah aku sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang ibu dan sebagai seorang isteri???
Bagai bom jangka masalah datang memukul kepala aku yang tersedia pening nie. Setiap hari ada sahaja surat merah, surat saman, surat bayo bil, surat masalah...surat panggilan interview atau dapat kerja jauhlah sekali. Aku berjanji dengan diri aku sendiri, esok aku akan bangun dengan penuh motivasi untuk apply job lagi. Aku nekad. Hidup tanpa wang adalah sesuatu yang susah...lancau! Wang adalah segala-galanya. Dengan wang aku boleh hidup bahagia. Dengan wang aku boleh beribadat kepada Allah dengan selesa. Dengan wang aku akan dapat kehormatan dari manusia. Aku nekad, biar method apa sekali pun yang aku terpaksa guna. Tapi taklah sampai nak jual dadah atau jual maruah...
sudah 1 tahun 6 bln 29 hari
12 years ago
4 comments:
salam maya...aku suke baca blog ko nie..penuh dgn luahan emosi..kisah suka dan duka...walaupun aku xfaham disebaliknye..tp setiap dugaan sekalipun ianya berat..terimalah seadanya..berusaha dan terus berusaha..serta doa tanpa jemu...insyaallah...
ala ko nie mcm x penah jadi pucer..
dlu bkan jual nospan kew...
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
午夜交友 , 午夜聊天直播间网站 , 三色午夜免费聊天室 , 三色午夜秀聊天室 , 午夜秀聊天室 , 免费午夜聊天室 , 午夜聊天室 , 秀色秀场直播 , 秀色吧 , 藏色阁 聚色阁 秀色阁
Post a Comment