
Friday, February 20, 2009
Thursday, February 12, 2009
kemarahan terhadap sebuah badan GLC!
Management syarikat bertanya : "Untuk apakah paku-paku ini wahai kerajaan langit
Kerajaan Langit menjawab : "Setiap kali syarikat kamu terasa untuk membuat kekejaman dan kezaliman, kamu pakulah tembok batu di hadapan syarikat kamu di DAMANSARA ini. Ini adalah bagi melepaskan rasa kekejaman dan kezaliman mu"
Pada hari yang pertama sahaja, syarikat tersebut telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok hadapannya. Dan keadaan ini berlarutanlah sehingga hari-hari yang berikutnya. Selepas berkurun lamanya, syarikat tersebut telah dapat mengurangkan kekejeman dan kezalimannya....maka dengan itu, berkuranglah jumlah paku yang digunakan bagi memaku tembok batu tersebut. Lama-kelamaan, syarikat tersebut mendapati, adalah lebih mudah mengawal kekejamannya dan kezaliman dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana syarikat tersebut tidak lagi bersifat kejam dan zalim setelah di kawal selia oleh kerajaan langit kembali. Management tersebut telah menghantar report kepada wakil-wakil kerajaan langit mengenai berita gumbira tersebut. Dengan rasa bangga, kerajaan langit mengucapkan tahniah dan menyuruh syarikat tersebut mencabut kembali paku-paku yang telah di ukirnya di tembok setiap hari yang ia lalui tanpa kekejaman dan kezaliman. Hari berganti hari, dan akhirnya syarikat itu telah berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Syarikat tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada kerajaan langit dengan bangganya.
Lantas kerajaan langit berkata : "Syarikat! kau telah melakukannya dengan baik, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau membuat sesuatu dengan kejam dan penuh kezaliman terhadap periuk nasi orang, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka serta maki hamun yang tak habis ke atas mu! sama seperti lubang di tembok ini. Syarikat! kau boleh menikam seseorang dari belakang dengan pisau mahupun membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Morale of the Story:
1. Aku sangkakan kekejaman ISRAIL adalah sangat dashyat...tetapi ada yang lebih kejam dari itu...
2. Selamat berjuang untuk diri anda sendiri dan bukan untuk bosmu dan syarikatmu!
* kisah teladan ini telah dipetik dari sumber-sumber yang telah digunapakai oleh sebuah syarikat besar di bawah sebuah kementerian yang telah mencampakkan aset berharga iaitu aku :(
Thursday, January 29, 2009
rokok

Sudah berapa percentkah anda meng' install alat moden ini ke dalam paru-paru anda?
Merokok membahayakan kesihatan!
Amaran dari Kerajaan MALAYSIA!
Selain dari kesan2 membahayakan, merokok juga mengurangkan oksigen yang anda harus sedut sepatutnya dari udara segar, meningkatkan variable kos (terutama sewaktu tensen, bosan, carik idea, melepak di warong mahupun kelab2 malam, mengular dalam pukul 10 waktu pejabat di kantin dan sewaktu perut terasa meloya nak berak!) sewaktu itulah kos2 variable anda akan bertambah. Kebiasaanya, kepada pengidap masalah ini adalah terdiri dari kalangan lelaki, wanita, anak dara, ibu tunggal, bapa tunggal, pondan, bapok, homoseksual, gay, lesbian,, kesimpulannya samada manusia normal mahupun tidak. Kaum2 sejenis inilah yang mengakibatkan proses2 menginstall alat moden ini kedalam paru2 setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi ini.
Teknologi semakin canggih dewasa ini, selain menggunakan alat moden di atas, Kaum2 sejenis yang telah saya sebutkan di atas tadi sememangnya berteknologieS tinggi gile dan telah mencuba produk baru dari Turkey iaitu SHISHA (water pipe for smoking)! Produk ini telah tersebar luas di kedai-kedai mamak, pub2 juga senang di dapati (dijual) di danaukota dan juga downtown. Barangan antik ini terdiri dari pelbagai perisa, seperti ice-cream...ada yang panjang mahupun yang pendek bentuknya.
Apa itu Shisha?
SOME say it originated in Turkey over 500 years ago while others claim it came from Syria and India. In today’s context, Shisha refers to the flavoured tobacco used in the smoking process using a hookah, also commonly known as ‘hubble bubble’ and ‘narghile’. The tobacco is soaked in fruits shavings such as apples, grapes and strawberries. A hookah consists of a base, pipe, bowl and hose or a mouthpiece. Tobacco is placed in the bowl, which is at the top of the pipe structure.
An aluminium foil covers the bowl and small charcoal pieces are then placed on the foil, which is punctured using a pin to gently heat the tobacco. When smoked using the hose, smooth, sweet-smelling vapour is filtered through the base containing water. It also comes in floral flavours such as coconut, vanilla and rose.
Komen2 mengenai teknologi canggih diatas:
Is Shisha harmful? While many may argue that Shisha smoking is not harmful, medical experts say otherwise.
Kuala Lumpur health department deputy head Dr Sellehudin Abu Bakar said Shisha was tobacco mixed with molasses and fruit flavours and tobacco product in any form contained nicotine. He said all tobacco products were equally dangerous as it contained more than 3,500 chemicals of which 200 were toxic and 43 were carcinogenic.
“It is difficult to compare which product is more dangerous. “It depends on several factors such as frequency of use, how deep the inhalation or if other ingredients are added besides tobacco itself,” said Dr Sellehudin.
He added that Shisha smoking was also addictive as it contained nicotine from tobacco smoke.
“Shisha smoking can lead to physical addiction and can also create psychological and habitual dependence to the user. “The water filter is a gimmick. Most of the toxic chemicals and nicotine are not water-soluble. Hence, they pass through the filter and is inhaled by a smoker, although other irritant substances, which are water-soluble, will get filtered.”
Meanwhile Reuters reported last week that the World Health Organisation (WHO) had announced that a single session of smoking Shisha yields a nicotine intake equivalent to more than one pack of cigarettes. It is also reported that Shisha smoke retained all the carcinogens of cigarette smoke while adding more carbon monoxide and a separate set of carcinogens from the use of burning coals to keep the nicotine flowing, coupled with the risk of infection with tuberculosis or hepatitis from shared mouthpieces.
Morale of the story: Smoking is very dangerous but i really like it! :)
Kolumpo OH Kolumpo...
- kerja- Memang datang semata mata sebab nak kerja atau terpaksa bertugas di ibupejabat..
- pegi umah sedara - yang ni jenis suka jalan-jalan sama ada nak buang duit atau saje2 nak menyusahkan sedara mara dia.
- Shopping - ini biasa dah ni..biasa nya sebab yang mcm ni, diaorg memang dah aim nak beli sesuatu barang tu.lebih2 lagi barang tak sampai kat tempat diaorang.Nanti buleh la nak up sikit ngan kengkawan.
- Nengok konsert - sebab yang macam ni memang lagi biasa,pasal kalau nak tengok artis yang bagus2 aku percaya artis tu takkan masuk kampung buat konsert punya.paling2 kuat pun tengok kat funfair takpun masa karnival itu pun artis2 yang yang tak ngam langsung ngan kepala...
- belajo - sebab yang ni buleh diterima tapi sesetengah kesnya dah jadi lain pulak, bile dah sampai bando besar ni mula dah ubah matlamat dulu tak romeo tiba tiba je tukar jadi romoe.itu ok lagi,yang tak ok tu boleh dia tukar jadi juliet pulak...ape cerita?
- menyambor (angkat dadah)- yang ni memang langsung tak boleh terima..keja giler.Cuba bayang kan dari KL ke lepih tu berapa banyok roadblok nak kena lalu.kang tak pasal2 kena cekup...tak percaya tanya Pipi tu..dah pucat doh muka dia aritu....
banyak lagi sebab2 yang aku nak listkan tapi banyok sangat jadi aku tulis la yang mana aku rasa paling popular.banyak lagi alasan lain yang aku rasa tapi aku dah kelu......
Thursday, January 22, 2009
hilup milayu simasa Gong Xi Fa Chai
hepi hali laya!
wa nak wish dikat lu olang silamat tahun balu dan silamat hali laya cina! soli la...masa hali laya melayu itu hali, wa sulah lupa dan sangat-sangat bzee kilija untuk post ini blog. Wa halap...ini cuti hali laya cina membuatkan lu olang gumbila, dan manyak-manyaklah belehat dilumah...bukan lu olang penuhkan lalan-lalan laya. sama-samalah lu olang kulangkan kimalangan lalan-lalan laya espaSIALly di atas highway-highway terlutamanya PLUS (utala-silatan).
dikisimpatan ini wa nak melasmikan kimbali, perjuangan wa menaip, menulis, melakar di lalam blog ini. Wa halap lu olang suli-sulilah melalu lintas di lalam blog wa besama tunangan wa bersame!
hilup milayu!!! Gong Xi Fa Chai!
Monday, September 8, 2008
Riang ria Ramadhan...

Pagi itu,dengan ke'sepaian'an taik mata,aku bangkit dengan penuh dendam dan semangat membara.Hari ini aku yakin yang aku mampu melaksanakan nya.Ibarat pepatah melayu,jangan di jolok sarang tebuan,kalau kail panjang sejengkal..lautan dalam jangan di duga..dengan semangat Sonny Chiba,aku bangkit dengan senyuman bertaring air liur basi kering sambil mengerling ke cermin dan senyum sinis..hehehe..hari ni aku pasti menang!Hatiku berkata kata.Dengan yakin,aku melangkah terus ke kamar mandi untuk membuang daki..sesudah itu aku pun bersiap2 walau pun aku bukan nak kemana pun,tapi aku tetap nak bersiap walaupun aku hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju.Dengan gaya rambut sikat tepi,berseluar pendek adidas merah,dan tidak berbaju,aku terus meluru ke ruang tamu.sebaik saja daun pintu terbuka,dengan sepantas kilat juga hidung ku mengesan bau yang wangi yang mampu merangsangkan nafsu makan ku yang bila bila masa aje akan terbuka di ibaratkan "orang yang mengantuk disorong bantal".Tiba-tiba mata ku terpandang akan kelibat berketul ketul ayam goreng panas di atas meja.ppeeeerrrrggghh!!! Ini betul2 menggugat kestabilan seleraku di bulan nih.Kegagalan perjuangan ku sudah semakin menerbitkan sinarnya.Aku tak mampu menahannya lagi,langkah segera harus ku ambil..perjuangan ku yg umpama 'Street Fighter' itu sudah tidak boleh kupakai lagi.Dalam kekalutan yang tak mampu ku bendung itu,satu keputusan drastik harus di ambil,YA! cuma satu keputusan sahaja yang aku perlukan??.........aaaahhh!lupa kan pasal perjuangan yang aku tanam dalam diri aku malam tadi.Ni semua pengaruh luar je...Nekad tetap nekad,maka satu keputusan telah dicapai diantara aku dan ketulan2 ayam goreng tadi...jadi kami telah bersetuju,sukasama suka,ketulan ayam tersebut bersetuju untuk di lahap oleh aku sementara aku pulak bersedia untuk melahap ketulan2 ayam tersebut.....buuurrrppp!p/s:Ni aku cerita ni untuk moral je..tak digalakkan ikut.kalau boleh tahan nafsu,tahan la....tak baik oooo.....kalau tak tak boleh tahan contact aku..hehehe...
Wednesday, September 3, 2008
Selamat berpuasa...
Hati hati bila menziarahi orang meninggal...Hehehe...
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of
this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang
tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap
panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang.
Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah
perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya
tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man
tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun
dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air
lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan
syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada
bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh
orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya
terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
(tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya
sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan
saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
meninggal.
Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan
ikhtibar.
Cerita ni aku saja je cedok dari kisah masyarakat tapi aku tak pasti siapa dan dimana ia berlaku.tapi ia hanya untuk tujuan perkongsian.bukan kongsi,bilik yg indon kontrak tu duduk.atau bukan 'kongsikong sikong sini'lagu raya cina tu..pasal ni dah bulan posa tak lama lg kite yg raya..begitu la citer nya....
Tuesday, August 26, 2008
Monday, July 21, 2008
PAPALABEDUL...
Tu dulu la..tapi sampai sekarang pun aku masih tak puas hati pun dengan diaorg tu..klu aku jumpa dgn diaorg tu...aku potong...???Zaman aku duk bergiat cargas dalam bidang musik dulu.Masa tu memang paling hit la dalam idup aku!Idup mati aku ngan musik aje dari subuh bawak ke zohor,dari zohor ke asar,maghrib,isyak pastu subuh balik..its all about music!Uiihks,memang fuckin' asshole betul masa tu.Zaman tu nak dengar lagu dalam aliran aku ni sikit punya payahnye..kat kedai2 biasa ni toksah harap nak jumpa...nak mesti mau order.Pendek kata,kalau orang tua dengar memang sah2 makan tapak kaki diaorg.Tapi takdela pulak aku kena...
Atas sebab kecintaan aku pada musik ni la yang mendorong aku sehinggakan tertubuhnya band aku dulu(nama dirahsiakan).Kalau nak ikutkan aku mane la layak nak bikin band ni.yela mana ade bakat pun sgt..main belasah je..tapi sebab semangat waktu tu ala2 bisul masak yang dah nak meletup,jadi semua budak2 aku jadi termiang miang nak buat band yg berkonsepkan D.I.Y.Nak sign ngan major label kang dah sah2 tak dapat.Nak buat album sendiri takde budget,jadi dah gatal sgt,buat konsep d.i.y je..rakaman buat sendiri dgn belanja Rm30,kulit album buat sendiri,tape decorate sendiri,promosi buat sendiri,untung takde,rugi tanggung sendiri,pendek kata semua sendiri bikin sendiri tanggung.Tapi waktu tu aku tak kisah sangat pasal aku puas!Puas!Memang aku puas gile...usaha aku tu berbaloi bukan dari segi kewangan, tapi dari segi supportive rakan2.Bukan aku nak glamour pun,tapi bila dah aku ade band aku dapat banyak kawan yang menyokong dari seluruh malaysia...klu nak kira hari hari aku dapat surat dari kawan.Itu yang syok nya..lama betul aku jadi penganggur kehormat,sampaikan tok ketua ngan AJK Kampung naik rimas ngan aku.Tu belum kira lagi ngan Ketua Belia,Tok imam,Tok Bilal semua..." rosak dah budak tu duk usung gitar sana sini,isap dadah la tu "...Emm...tu la ayat2 yang selalu bermain dekat dgn telinga aku ni.. macam nyamuk,mengiang ngiang...sampai sekarang pun aku belum nampak ape signifikan nya dadah ngan musik itu sendiri...bila sebut pasal musik orang tua tua ni terus ingat dadah la, parti liar, buang masa la, dan beberapa pekara lain yang langsung tak masuk ngan musik ni.
Bile ingat balik zaman zaman struggle dulu rasa best je idup..kalau ade masalah pun tak la terasa sangat.Abis kuat pun settle bila dah dapat pegang gitar,blow amp,melalak lalak...tapi klu nak di bandingkan dgn sekarang,memang dah jauh sangat dah lari nya.Band yang low profile akan stay macam tu walau pun diaorg pun famous jugak walaupun tak menyeluruh...ade gak band yang melompat ketengah dan xpose ke dunia luar dan mendapat tempatnya.Ape jua cara diaorg aku rasa zaman ni semua kena buat cara profesional dah tak buleh nak buat tangkap muat je...walau pun berbeza level.kalau meanstream ade cara nya,klu underground ade jugak caranya janji masing masing tahu ape yang diaorang buat,dan tahu kemana jalan nak di tuju...
Uih...penat aku nak cerita pasal musik dan aku ni,memang banyak ceritanya..nanti senang aku citer la lagi..Ini aku punya starting grid je,mukadimah...tgkla gambar aku pegang gitar bass tu nampak macam terrer je tapi hampas.Ngada ngada je tu...eksyen je lebih..baru aritu aku dapat pegang gitar.dah hampir setahun gak aku tak mengadap mendealah tu..bile main je jadi macam gampang..cis!tak guna betul la...takpe la aku stop kat sini dulu la ye..air kopi takde nak tulis takde feel..nanti aku sambung bile bile aku rasa aku nak tulis.Jadi aku post kan dulu part ni,part lain,nanti lain hari,lain masa, lain tempat, tapi dalam satu blog hanya di Kelukakukakipaku...!!!
TAHUKAH KAMU SEMUA???
Friday, July 18, 2008
politikus
Jadi dalam kasus yang kepundetkan macam ni, kita mesti bertindak dengan lebih pantas.Jangan biarkan politik menguasai diri kita dan sebalik nya kita yang menguasai politik itu serta menjadikan nya sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat bukan kepada diri kita tapi juga orang lain.Kekadang kesilapan spesis manusia yang bodoh juga yang meyebabkan kekotoran pada politik itu sendiri.Kesempatan yg diambil terhadap kelemahan orang lain yg mejadi punca kita mudah di kaburi dengan politik politik yang kadang2 kita sendiri sememang nya dah tahu tetapi masih lagi mempercayai politik2 seperti politik 'makcik Bedah'.
Politik penting dalam kehidupan...tapi jangan disalahgunakan.Apa pun kita kena ingat politik takkan berhenti,bak kata Karam Singh Wallia..."Aku takkan mati,selagi enjin motosikal aku ni hidup"( dia ke yang cakap macam tu?hah?).