"Thoughts Of The Day"

" seharian mengadap muka bos...kalau bosan, better enjoy life sebelum kena kick kat tempat lain"

Wednesday, May 5, 2010

2010

2010

Hah! Dah bulan tiga, 2010 yea? Tak sedar aku masa berlalu sepantas bil-bil elektrik yang aku gunakan. (Ibarat dua kali sebulan). Tido bangun tido bangun aku masih di sini. Blog nie dah berkurun lama aku tak jengah. Rindu pada penulisan-penulisan meluah hati perasaan. Hari nie tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis sambil mendengar lagu underground zaman dulu-dulu. Offspring, Why Don’t You Get a Job..... 

Bila takde SEN je, mula la teringatkan zaman remaja yang tak payah pikir mana datangnya wang ringgit? Yang aku tahu duk main converter mata wang dalam handset pak aku berapa nilai kalau di tukar duit sekolah yang mak pak bagi untuk laptop. Hah...ridiculous betul aku nie.

Tahun nie, aku mulakan hidup dengan azam baru. Cita-cita baru. Cadangnya nak cari JOB yang sesuai dengan jiwa dan impian aku selama nie. Tapi...dah bulan March sekarang...apa yang aku dapat? Dari hari ke hari aku masih tetap kat sini. Bayu Tasik, Permaisuri. Tunggu apa pun aku tak pasti. (nasib baik ada Mie suami yang pasti memahami segala situasi  )

Suatu hari aku ambil inisiatif study latar belakang dan salasilah family. Mahupun belah pak mahupun belah mak...Ada sesuatu yang memusykilkan...nak percaya harus rasanya. Tak nak percaya kalau di biarkan merosak diri sendiri dan keluarga nanti...hari-hari kenapa mesti aku nak fikir pasal benda puaka nie? Ah BULLSHITTTT!

Semalam pikir ape nak jadi pulak esok! Hari nie pikir ape nak jadi pulak besok! Boleh Migrain aku hari-hari pikir benda yang sama...Sen dalam poket ada berapa ciput je lagi. Punya seksanya jiwa ibarat asid masuk dalam tekak yang penuh ulser...nie dah kira ibarat orang gila menagih simpati tuan kedai kasi nasi sebungkus dua nak buat lapik perut...Tapi..dengan adanya kekuatan cinta suami isteri, biar lautan bergelora, tsunami menghempas bumi, gempa bumi mencapai tahap 10.10 skala rector pun, kami sanggup meredahinya...perghhhhh!

Bangun tengahari, mie dah pegi keja. Masak aje keja aku sekarang nie...dah habis semua jenis cucur aku masak. Dah habis bahan dalam peti ais aku geledah. Ajinomoto habispun, aku kena pikir 69 kali nak kasi tahu mie. Duit gaji yang ciput cukup untuk bayar keta dengan survive untuk 4-5 hari aje...bil-bil letrik, telpon, bank, broadband, rumah, kalau nak di kira satu-satu boleh jadi gila aku tengok angka-angkanya...tu tak termasuk bil astro lagi...nasib baiklah aku nie bukan jenis pencinta TV nak tengok AF bagai...paling-paling aku selongkar balik cd-cd lama nak hilang stress berfikir setiap hari...nak tengok wayang? Jauh sekali la...20ringgit baik aku buat beli ajinomoto yang dah habis tu.

Apa yang penting? KERJASAMA!...nasib baik la ada mak mentua, makpak aku, dan cik nah yang kasi moral support dan kadang-kadang aku terpaksa pau juga sen diorang..hah! Ada orang lain kesah?

Kalau la ada makhluk tuhan yang baik hati nak kasi aku 2 tiket free tengok konsert rock nak aje aku kasi kiss kat lutut dia...rasa nak head banging sampai keluar habuk-habuk, pikiran-pikiran kusut aku yang tak terlerai-lerai nie...tapi siapa? Nak petik gitar tak de talent terpendam. Nak menyanyi tak cukup sen nak lepak karaoke $1. Nak report kat makpak buat berserabut kepala lagi ada. Nak story kat kawan, bukan diaorang nak faham ape masalah aku sebenarnya...Apa yang aku dapat buat ialah dengan menulis tanpa was-was meluahkan apa yang ada dalam benak fikiran aku ni. Harap-harap tak ada sesiapa la yang nak tersinggung pulak. Silap-silap keluar saman pulak kes aku nak luah perasaan dalam blog ni...hah...bangsat.

Sedap jugak layan lagu Weezer-No One Else nie yea...Teringat masa umur aku 20 -21 tahun dulu...masa tu pun hidup stress jugak. Bila stress aje Weezer...bila stress aje Weezer...dah dekat 10 tahun berlalu...benda tetap sama...Weezer tetap hot di hati aku...hah promo!

Kenapa bila si sengkek semakin sengkek? Dan si kaya semakin beriban-riban duit dalam wallet? Ini bukan satu jawapan yang perlu di cari. Tetapi, yang aku pasti si sengkek tak ada modal nak memulakan kehidupan...bila dah taka de modal sah-sah de-motivated. Nak pi kerja pun perlu pikir soal jarak, minyak keta, tambang LRT, sen untuk makan lunch...argh...macam-macam.

Hari ini adalah hari yang sama...semalam tetap sama dengan hari ini...dah masuk April 2010. Aku tetap di takuk yang sama. Ah...parah nie. Bila mau bangkit ahmoi? Bosan dengan lagu alternative, aku start layan lagu2 disko jadah nie kenapa? Oh tidak!! Baru tadi dapat call dari mama kata ‘bala’ nak datang lagi bertandang di rumah. Ape punya hipokrit la manusia. Masa nak guna lembut kuku dari jari...masa aku tak diperlukan kau buang macam najis anjing...Kau nie tak reti bahasa kah? Kau nie tak faham kah keadaan aku? Agak-agak la nak 1 Malaysia pun. Benda yang paling scary dalam hidup aku adalah nak menghadapi si bala yang satu nie...

Bangun tidur, bila pandang kiri nampak dinding, pandang kanan nampak dinding. Pandang atas meja nampak laptop. Broadband dah masuk kubur. Bosan nak mampus. Tulis sahaja dulu pada MS word nie Maya oi...nanti lu boleh paste dalam blog. Aku pun tak pasti apa yang aku duk buang masa nie. Tahap passion dan positif untuk berdiri semula dalam diri semakin negative. Memang bahaya. Memang menakutkan. Tak Nampak langsung masa depan. Hanya dipenuhi dengan harapan-harapan palsu yang semakin kabur. Dah macam casper aku nie jadinya. Kalau di lihat dengan mata kasar memang tak nampak kelibatnya, tak perasan kehadirannya.

Aku nak Tanya u all lah...aku nie ego ke? Aku nie standard sangat kah? Aku nie ape sebenarnya? Tak kan kerana kisah-kisah silam lampau aku masih perlu menerima penangan pahit sampai ke hari ini? Cukup la setahun dua. Cukuplah...mama! ayah! Maafkan maya andainya ada lagi cebisan-cebisan dosa yang telah maya lakukan hingga tahap derita ini yang terpaksa maya tanggung. Suami yang dikasihi, ampunlah dosa isteri andainya ada yang terkurang tanggungjawab aku ni. Ya Allah! berdosakah aku? Derhakakah aku? Aku pasti setiap hambamu ada melakukan kesalahan semasa hidupnya di bumi yang serba-serbi dugaan sana-sini. Aku dah tak cukup kuat untuk menghadapinya. Aku tak tahu di mana salah aku sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang ibu dan sebagai seorang isteri???

Bagai bom jangka masalah datang memukul kepala aku yang tersedia pening nie. Setiap hari ada sahaja surat merah, surat saman, surat bayo bil, surat masalah...surat panggilan interview atau dapat kerja jauhlah sekali. Aku berjanji dengan diri aku sendiri, esok aku akan bangun dengan penuh motivasi untuk apply job lagi. Aku nekad. Hidup tanpa wang adalah sesuatu yang susah...lancau! Wang adalah segala-galanya. Dengan wang aku boleh hidup bahagia. Dengan wang aku boleh beribadat kepada Allah dengan selesa. Dengan wang aku akan dapat kehormatan dari manusia. Aku nekad, biar method apa sekali pun yang aku terpaksa guna. Tapi taklah sampai nak jual dadah atau jual maruah... 

Monday, August 17, 2009

Tertanggal 17 Ogos 2009, bangun pagi aku rasa macam nak demam gayanya. Tapi tak lah sampai 75% lagi...aku selalunya kalau dah mencapai 75% baru aku jumpa doktor untuk aambil MC bukan ubat yea. Kalau dah capai tahap 175% tu barulah aku gagah ambil ubat-ubatan yang patut mahupun secara tradisional mahupun berjumpa pengamal perubatan tradisional,..

Sepagi lagi aku dah pergi ke klinik untuk mendapatkan MC. Huh..., lega walaupun aku sememangnya demam sikit, doktor yang baik hati tu ada pesan kalo demam aku meningkat lagi 25% boleh datang lagi esok just untuk sambung MC. Memandangkan aku nie agak dedikasi nak ke opis esok, untuk berjumpa kawan-kawan baru la yang kepala masuk air, aku gagahkan juga diri berangkat ke opis untuk keesokkan harinya. Walaupun, lepak di rumah bersama suami tercinta lagi macho aku rasa la...

Sepetang, aku dengan rasa agak sedih kerana aku sangka si mamat sekor nie nak belah dah dari Angkasapuri. Macam cilakak dan rasa nak tampar bontot dia yang agak jauh ketengah tu...ada ka patut, kalau nak tipu pun agak2 la. Jangan sampai nak menipu orang tua berumur 32 tahun yang menangis sampai kering air mani...

Diskas punya diskas2 akhirnya port melepak untuk malam nie kat rumah aku. Mie kalau dapat PS2, agak2 la. Lupa bini. Aku kira macam waiter kat pub tukang bancuh air la. Nasib baik kira malam nie agak rajin nak catat catit cacat sesuatu kat dalam blog yang dah berkurun aku tak tulis. Tunggu shafiq dan bini dia fina, bagai daun luruh di makan ulat. Haus pun ada...Screwdriver dah aku hidang dari tadi. Agak2 lupa jalan ka hapa. Huh...dunia penuh dengan pelakon...Pelakon yang masuk air yang sakit mental pun ada!

moral of the story : pelakon ada banyak tahap...kelas atasan dan bawahan...yang tak boleh belah pelakon yang tak mintak bayaran...

Tuesday, August 4, 2009

pertukaran emosi dan daya tahan diri

Peralihan tempat yang amat membosankan. Sejauh manakah mampu aku bertahan? Huh...dah la sejuk aircond, pas computer pun tak der. Tempat pulak dikelilingi makcik2 kepoh. Yang paling tepu sekali aku kat sini sebab internet connection macam sial jer. Muka aku dah semakin ketat rasanya...nak tampar muka sendiri rasanya tak tergamak sangat. Nak tampar muka makcik sebelah takut kena buang kerja pulak...huhu..apa perlu aku lakukan selama aku kat sini...kerja satu habuk pun tak der lagi. Masa kat tempat lama, agak2 ada jugak kutu untuk aku borak, melawak, melepak, makan, ngulor,...Sini memang hampeh siol. Kedai makan yang adapun macam lorong2 gelap kat chowkit. huh...

Wednesday, July 29, 2009

Telefon kah yang masuk air atau dia kah yang masuk air?

Antara teknologi dan kata-kata manusia yang manakah boleh dipercayai? Aku pun tak pasti. Tapi, sebagai manusia yang hidup di zaman yang penuh berteknologi nie, aku harus pecaya dengan arus perubahan yang sepantas kilat berlaku. Kadang-kadang xsempat aku nak follow teknologi yang semakin laju dan laju. Memang seronok dilahirkan di zaman yang semuanya main slide....teknologi la katakan.

Tapi, yang bosanya bila ada teknologi, macam2 pulak masalah yang akan timbul. Oklah, aku nak tanya la pendapat umum....antara log dalam telefon dan kata2 manusia yang manakah boleh dipercayai? Secara amnya, manusia nie memang kita tahu begitu subjektif perangainya. Sukar untuk kita intripitasikan apa yang ada dalam minda mereka. Berbanding pula dengan telefon. Adakah teknologi menipu? adakah log di dalam telefon menipu? Adakah masalah log telefon ini pernah terjadi kepada anda? Jawapanya? Lu pikir la sendiri..............

Aku pun pening dengan masalah telefon nie....samada brand telefon yang mainkan peranan ataupun service provider yang mainkan peranan disini?

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini, teknologi kadang2 menyusahkan dan kadang2 menyenangkan. Tapi bila berhadapan dengan orang yang perangai macam ular suka cakap tipu dan putar belit, dengan teknologi pun dia nak ularkan.....

p/s: kepada sesiapa yang terasa hati tu, pandai-pandailah ubah sikap, selaraskan teknologi dengan arus minda dan permodenan negara.....


Wednesday, July 1, 2009

Low Yat oh Law Yat

Law Yat? Pasar Seni? Mid Valley? KLCC? Chowkit? Taman Tema Sunway Lagoon? Uptown? Downtown? Danau Kota? Sri Hartamas? Solaris? Kg. Baru? Nasi Ayam Chee Meng?

Nie semua nama-nama gah di persada KL gamaknya lah. Tapi satu je tempat paling gampang buat aku adalah di Plaza Low Yat jalan Bukit Bintang! Malang keliling pinggang aku jer kalau aku masuk tempat nie. Memang dikatakan semua barang yang aku beli kat sini semua macam setan. Tapi aku agak musykil..kenapa aku masih terpanggil nak membeli belah kat sini..Ape komen korang tentang Low Yat?

Sepanjang penyerveyan aku lah, semua kedai sebenarnya jual barang pada kadar harga yang lebih kurang sama. Aku dah find out, rupa2 nya tokeh kat Lowyat nie sebenarnya 2 orang topekong (cina) saje. Ni la share holder the biggest kat Lowyat..Dalam banyak-banyak kedai kat Lowyat nie sebenarnya, adalah anak syarikat kepada kedua-dua taukeh besar nie la..jadi, cuba luorang pikir la...price yang diorang letak tu actually memang exactly lightly is the same price dengan kedai-kedai pesaing yang lain. Cuma, yang bestnya kat sini, theres a lots of item yang kita nak beli boleh find out la kat sini...

Aku bukan ape, kekadang cakap2 salesman Lowyat nie agak mengelirukan aku lah. Ada yang kata ini barang is the best dan very-very cheap la kalau nak di compare kan dengan the others kedai. Tapi bila aku jalan dan survey lagi, ada la pulak mamat salesman yang kata cap lain lagi bugus...memang aku selalu confius bila aku berada kat sini. Atlast, aku selalu buat satu keputusan bodoh tahap selsema babi untuk buy things yang memang worth it if aku beli..but the quality sometimes is the worst! memang shitt lah Lowyat dan sekutu-sekutunya.

The last things yang aku beli is Modem. Macam babi performance dia. memang sumpah seranah aku dah level 28 meningkat main dengan benda modem nie..what the fcuk! Aku tak berani la nak tuduh si salesman yang promote baik punya this kind of modem kat aku...tapi memang dasar mulut busuk la...

Lastly, yang boleh aku ideakan kat korang ialah, theres a lots of other computers, handphone, camera, and other accessories shops out theres yang korang boleh beli...Its not only Low Yat oh Low Yat!

Morale of the story: Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, survey2 lah tempat lain dulu sebelum luorang buat keputusan terus ke Low Yat!

Monday, June 22, 2009

xhabis lagi kawen? Jemput kenduri!

Kengkawan semua yang tak sempat dan saje tak nak datang kenduri kitaorang kat Penang itu hari kini aku dan mie nak jemput ke Majlis kitaorang di Lipis bersamaan hari Ahad, 5 Julai 2009. Datang jangan tak datang tau! marilah ramai-ramai kita memeriahkan majlis...

Sunday, June 21, 2009

kepulauan langkasuka?












The honeymoon day between us is sweet like the taste of honeydew!

Agak2 korang la, berapa tahun lagikah aku dapat pegi sini lagi?

raya2 huray2


Gambar nie aku snap masa raya haji tahun lepas. Agak2 raya tahun nie aku nak raya mana eh? Itu yang kita tak tahu...




Tuesday, June 16, 2009

married man and married women


9am, 060609 is the most value and important date for me which is, i am became a wife to Mr. Zulhazmi bin Adnan.

My life rotation is nearly complete. I have Natalia and him as a husband. Thank to God...

Really hope that our marriage will end with beautiful and memorable story. Even though its really hard for me and him to get through to this date, finally this event was successfully done and running smoothly.

For me its self, its nothing beautiful in this world besides sleep tightly into his arms all night long...heh heh heh...

eeee...gatainye...

Friday, May 29, 2009

the return of ayah pin


AYAH PIN dah ada pengganti sekarang?????

King of Punk Rock ke nie? Jangan tak pecaya...walaupun mamat nie Punk suatu masa dulu, tapi sejak beliau balik dari berguru dari ayah pin beliau dah tubuhkan satu kerajaan baru iaitu kakitangan kerajaan....

Saka the dance!


Antara SAKA belaan Tok Dalik dan Bok Miah yang terlepas semasa pasangan tersebut bertarung mengusir geng-geng SAKA yang lain!


Mata SAKA terbeliak menjegil!


Lutut Bengkak tak sama dengan Hati Bengkak


Orang kata sakit hati cukup pedih...tapi tu semua tipu arrr...sebenarnya luka kat lutut akibat pergeseran dengan jalan tar atau lantai simen bergerutu lebih pedih dan perit daripada sakit hati. Sebab kalau korang nak berak atas tandas cangkung pun sure tak boleh punya...

Posisi paling baik yang korang boleh buat, sebelah kaki mencangkung dan sebelah kaki melunjur ke depan...tu pun nasib la kalau kena tandas cangkung yang rendah ok la...tapi kalau kena tandas yang simen nya tinggi sampai ke paras pinggang tu...jawabnya korang lepaslah najis korang dalam salur paip PVC yang berukur lilit 12cm tu...

Dah konpirm MAEL kena kerja lebih masa...

Hati Gua Talak Busuk


Nie bukan sembarangan stokin. Stokin nie berfungsi sebagai penyahbauan. Kalau Lu orang pakai konpirm tak akan dapat cium bau cagu ataupun bau masam taik kucing kat kaki Lu Orang. Ia memang di reka khas untuk golongan yang suka pakai stokin dalam tempoh sebulan atau dua bulan tanpa mencuci mengunakan haruman downy atau softlan. Kalau Lu Orang tak pecaya Lu Orang boleh cuba tarik feel bau dia, tentu Lu Orang semua tersenyum manja dalam paksaan....
Nasihat gua, lu orang cuba la produk nie memang bagus...apa yang bagus? itu gua pun tak pasti....




Rancangan Pondok Buruk Bok Miah


SUDUT CREATIVE BERSAMA ABANG MIE

Adik-adik, membazir amalan syaiton!

Sekiranya adik-adik kekedai mamak pekena roti canai kosong bersama dhall dan kari, kadang-kadang roti dah habis tetapi kuah roti tak habis lagi.

Jadi apa masalahnya di situ?

"Haaa....itu adik-adik tak tahu,.."

Jadi di sini abang akan berikan adik tips yang sangat mudah di sudut creative nie daripada kita terus bersahabat dengan Syaiton yakni membazir. Caranya mudah saje. Asasnya adalah di atas kekretifan adik2 masing-masing. Jadi gunakanlah sebaik-baiknya idea adik2 seperti gambar sample di bawah ini...

Biarlah kita tidak bersahabat dengan syaiton cukuplah dengan sekadar kita melakar riak wajahnya di atas kaca putih...

Jadi....selamat mencoba dan selamat beramal...

Cina CD, Sampoerna Hijau 14S dan juga Marlboro 20 King Size


...CD DIA...ROKOK GUA...


"Ini cerita manyak syioook wooo....!"

"Talak tipu punya..."

Kata ayat-ayat cinta si penjual cd haram ni. Nama dia Muhamed Adam AlsoleX. CD si mamat cina nie memang murah. Tapi gua nak ingatkan lu semua, kalau jumpe si mamat nie... "BEWARE!"

Jangan letak curut mahupun rokok mahupun batang paip shisha kat atas table lu orang...satu CD lu orang angkat, satu batang rokok lu orang jadi korban pengepauwan dia...

"Owh...lokok balu ka abang? wa tatak penah tengok ini lokok...mesti lu beli manyak mahal wooo...boleh rasa ka?"

Dengan selamba cina nya mengambil rokok gua sambil memegang bekas CD berwarna merah, dicecelah CD terselit MARLBORO MENTHOL 20 King Size...

"......Celaka punya CINA......!"

Lu orang pikir la sendiri MARLBORO 20 King Size dengan SAMPOERNA Hijau 14S?



Friday, February 20, 2009

21 February 1978


babyBoy,


Hepi Birthday!


Love : babyGurl


Thursday, February 12, 2009

kemarahan terhadap sebuah badan GLC!

Ada sebuah syarikat yang sangat kejam umpama kekejaman ISRAIL terhadap penduduk Palestine. Syarikat tersebut tidak dapat mengawal kekejamannya dan kezalimannya walaupun pekerjanya hanya melakukan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, kerajaan langit telah memberi tender kepada syarikat tersebut dengan seguni paku.

Management syarikat bertanya : "Untuk apakah paku-paku ini wahai kerajaan langit

Kerajaan Langit menjawab : "Setiap kali syarikat kamu terasa untuk membuat kekejaman dan kezaliman, kamu pakulah tembok batu di hadapan syarikat kamu di DAMANSARA ini. Ini adalah bagi melepaskan rasa kekejaman dan kezaliman mu"

Pada hari yang pertama sahaja, syarikat tersebut telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok hadapannya. Dan keadaan ini berlarutanlah sehingga hari-hari yang berikutnya. Selepas berkurun lamanya, syarikat tersebut telah dapat mengurangkan kekejeman dan kezalimannya....maka dengan itu, berkuranglah jumlah paku yang digunakan bagi memaku tembok batu tersebut. Lama-kelamaan, syarikat tersebut mendapati, adalah lebih mudah mengawal kekejamannya dan kezaliman dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana syarikat tersebut tidak lagi bersifat kejam dan zalim setelah di kawal selia oleh kerajaan langit kembali. Management tersebut telah menghantar report kepada wakil-wakil kerajaan langit mengenai berita gumbira tersebut. Dengan rasa bangga, kerajaan langit mengucapkan tahniah dan menyuruh syarikat tersebut mencabut kembali paku-paku yang telah di ukirnya di tembok setiap hari yang ia lalui tanpa kekejaman dan kezaliman. Hari berganti hari, dan akhirnya syarikat itu telah berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Syarikat tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada kerajaan langit dengan bangganya.

Lantas kerajaan langit berkata : "Syarikat! kau telah melakukannya dengan baik, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau membuat sesuatu dengan kejam dan penuh kezaliman terhadap periuk nasi orang, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka serta maki hamun yang tak habis ke atas mu! sama seperti lubang di tembok ini. Syarikat! kau boleh menikam seseorang dari belakang dengan pisau mahupun membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Morale of the Story:

1. Aku sangkakan kekejaman ISRAIL adalah sangat dashyat...tetapi ada yang lebih kejam dari itu...

2. Selamat berjuang untuk diri anda sendiri dan bukan untuk bosmu dan syarikatmu!

* kisah teladan ini telah dipetik dari sumber-sumber yang telah digunapakai oleh sebuah syarikat besar di bawah sebuah kementerian yang telah mencampakkan aset berharga iaitu aku :(

Thursday, January 29, 2009

rokok



Sudah berapa percentkah anda meng' install alat moden ini ke dalam paru-paru anda?

Merokok membahayakan kesihatan!

Amaran dari Kerajaan MALAYSIA!

Selain dari kesan2 membahayakan, merokok juga mengurangkan oksigen yang anda harus sedut sepatutnya dari udara segar, meningkatkan variable kos (terutama sewaktu tensen, bosan, carik idea, melepak di warong mahupun kelab2 malam, mengular dalam pukul 10 waktu pejabat di kantin dan sewaktu perut terasa meloya nak berak!) sewaktu itulah kos2 variable anda akan bertambah. Kebiasaanya, kepada pengidap masalah ini adalah terdiri dari kalangan lelaki, wanita, anak dara, ibu tunggal, bapa tunggal, pondan, bapok, homoseksual, gay, lesbian,, kesimpulannya samada manusia normal mahupun tidak. Kaum2 sejenis inilah yang mengakibatkan proses2 menginstall alat moden ini kedalam paru2 setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi ini.

Teknologi semakin canggih dewasa ini, selain menggunakan alat moden di atas, Kaum2 sejenis yang telah saya sebutkan di atas tadi sememangnya berteknologieS tinggi gile dan telah mencuba produk baru dari Turkey iaitu SHISHA (water pipe for smoking)! Produk ini telah tersebar luas di kedai-kedai mamak, pub2 juga senang di dapati (dijual) di danaukota dan juga downtown. Barangan antik ini terdiri dari pelbagai perisa, seperti ice-cream...ada yang panjang mahupun yang pendek bentuknya.

Apa itu Shisha?

SOME say it originated in Turkey over 500 years ago while others claim it came from Syria and India. In today’s context, Shisha refers to the flavoured tobacco used in the smoking process using a hookah, also commonly known as ‘hubble bubble’ and ‘narghile’. The tobacco is soaked in fruits shavings such as apples, grapes and strawberries. A hookah consists of a base, pipe, bowl and hose or a mouthpiece. Tobacco is placed in the bowl, which is at the top of the pipe structure.
An aluminium foil covers the bowl and small charcoal pieces are then placed on the foil, which is punctured using a pin to gently heat the tobacco. When smoked using the hose, smooth, sweet-smelling vapour is filtered through the base containing water. It also comes in floral flavours such as coconut, vanilla and rose.

Komen2 mengenai teknologi canggih diatas:

Is Shisha harmful? While many may argue that Shisha smoking is not harmful, medical experts say otherwise.

Kuala Lumpur health department deputy head Dr Sellehudin Abu Bakar said Shisha was tobacco mixed with molasses and fruit flavours and tobacco product in any form contained nicotine. He said all tobacco products were equally dangerous as it contained more than 3,500 chemicals of which 200 were toxic and 43 were carcinogenic.
“It is difficult to compare which product is more dangerous. “It depends on several factors such as frequency of use, how deep the inhalation or if other ingredients are added besides tobacco itself,” said Dr Sellehudin.

He added that Shisha smoking was also addictive as it contained nicotine from tobacco smoke.
“Shisha smoking can lead to physical addiction and can also create psychological and habitual dependence to the user. “The water filter is a gimmick. Most of the toxic chemicals and nicotine are not water-soluble. Hence, they pass through the filter and is inhaled by a smoker, although other irritant substances, which are water-soluble, will get filtered.”

Meanwhile Reuters reported last week that the World Health Organisation (WHO) had announced that a single session of smoking Shisha yields a nicotine intake equivalent to more than one pack of cigarettes. It is also reported that Shisha smoke retained all the carcinogens of cigarette smoke while adding more carbon monoxide and a separate set of carcinogens from the use of burning coals to keep the nicotine flowing, coupled with the risk of infection with tuberculosis or hepatitis from shared mouthpieces.

Morale of the story: Smoking is very dangerous but i really like it! :)

Kolumpo OH Kolumpo...

sesekali bila aku duk mengelamun, teringat aku kat kampung halaman aku..mana aku nak rasa dah keadaan seperti dulu tu..pagi yang tenang, udara bersih, hijau, bahang panas yang membakar ketika aku tidur di tengah hari..peluh bercucuran membasahi badan.Memang aku tak boleh nak lupakan saat-saat macam tu susah nak cari saat-saat macam tu kat bandar yang hebat sangat macam KL ni.Kat sini nak cari repuh pun susah..kalau jumpa pun sikit,itu pun tak true sangat.Kat tengah bando ni lagi la susahnya,kalau ada pun dah abis diaorang trim buat bentuk tulisan la, logo la, bentuk bulat-bulat la, macam-macam.Dah tu, sebulan sekali kena trim,ngalahkan rambut aku..paling kacak pun aku gunting 6 bulan sekali,tak pun setahun sekali..kalau rajin.Kalau kat kampung,aku tu, senang-senang je jumpa ular padang,tapi kat KL ni harami la aku nak jumpa menatang tu kalau tak menjejakkan kaki aku ke zoo..pendek kata kat KL ni memang mewah,macam-macam ade,tapi semua dengan duit la bro..kat KL ni macam-macam perangai kita boleh jumpa..dari yang normal sampai ke tahap paranormal pun ade..memang semua hantu-hantu belaka...nak cari ketenangan jangan harap la.Polusi tak payah cakap la kiri kanan,tu belum kire asap rokok sampoerna aku lagi.Patut pun abg Jamal tak mau duk kat KL ni.Katanya "susah duk kolompo tu..bior keh duduk kampung lagi best,kalau keh nak shopping kasut converse,keh turun la KL..pegi Sogo.." Mail pun sama dia kata,"keh turun KL nak gi beli gadget gitar je,tak pun keh nak nengok konsert.."Ade manusia ni pulok datang KL saje2 nak enjoy,kate nak pegi disko pas tu cuci mata ngorat pompuan pakai skirt pendek dengan baju ketat nampak lurah atas ngan lurah bawah (Tapi jangan harap la nak dapat...).Kat sini aku nak list kan sebab2 ngape KL ni jadi tumpuan manusia :
  1. kerja- Memang datang semata mata sebab nak kerja atau terpaksa bertugas di ibupejabat..
  2. pegi umah sedara - yang ni jenis suka jalan-jalan sama ada nak buang duit atau saje2 nak menyusahkan sedara mara dia.
  3. Shopping - ini biasa dah ni..biasa nya sebab yang mcm ni, diaorg memang dah aim nak beli sesuatu barang tu.lebih2 lagi barang tak sampai kat tempat diaorang.Nanti buleh la nak up sikit ngan kengkawan.
  4. Nengok konsert - sebab yang macam ni memang lagi biasa,pasal kalau nak tengok artis yang bagus2 aku percaya artis tu takkan masuk kampung buat konsert punya.paling2 kuat pun tengok kat funfair takpun masa karnival itu pun artis2 yang yang tak ngam langsung ngan kepala...
  5. belajo - sebab yang ni buleh diterima tapi sesetengah kesnya dah jadi lain pulak, bile dah sampai bando besar ni mula dah ubah matlamat dulu tak romeo tiba tiba je tukar jadi romoe.itu ok lagi,yang tak ok tu boleh dia tukar jadi juliet pulak...ape cerita?
  6. menyambor (angkat dadah)- yang ni memang langsung tak boleh terima..keja giler.Cuba bayang kan dari KL ke lepih tu berapa banyok roadblok nak kena lalu.kang tak pasal2 kena cekup...tak percaya tanya Pipi tu..dah pucat doh muka dia aritu....

banyak lagi sebab2 yang aku nak listkan tapi banyok sangat jadi aku tulis la yang mana aku rasa paling popular.banyak lagi alasan lain yang aku rasa tapi aku dah kelu......

Thursday, January 22, 2009

hilup milayu simasa Gong Xi Fa Chai

haiiyaa...

hepi hali laya!


wa nak wish dikat lu olang silamat tahun balu dan silamat hali laya cina! soli la...masa hali laya melayu itu hali, wa sulah lupa dan sangat-sangat bzee kilija untuk post ini blog. Wa halap...ini cuti hali laya cina membuatkan lu olang gumbila, dan manyak-manyaklah belehat dilumah...bukan lu olang penuhkan lalan-lalan laya. sama-samalah lu olang kulangkan kimalangan lalan-lalan laya espaSIALly di atas highway-highway terlutamanya PLUS (utala-silatan).

dikisimpatan ini wa nak melasmikan kimbali, perjuangan wa menaip, menulis, melakar di lalam blog ini. Wa halap lu olang suli-sulilah melalu lintas di lalam blog wa besama tunangan wa bersame!

hilup milayu!!! Gong Xi Fa Chai!

Monday, September 8, 2008

Riang ria Ramadhan...


Pagi itu,dengan ke'sepaian'an taik mata,aku bangkit dengan penuh dendam dan semangat membara.Hari ini aku yakin yang aku mampu melaksanakan nya.Ibarat pepatah melayu,jangan di jolok sarang tebuan,kalau kail panjang sejengkal..lautan dalam jangan di duga..dengan semangat Sonny Chiba,aku bangkit dengan senyuman bertaring air liur basi kering sambil mengerling ke cermin dan senyum sinis..hehehe..hari ni aku pasti menang!Hatiku berkata kata.Dengan yakin,aku melangkah terus ke kamar mandi untuk membuang daki..sesudah itu aku pun bersiap2 walau pun aku bukan nak kemana pun,tapi aku tetap nak bersiap walaupun aku hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju.Dengan gaya rambut sikat tepi,berseluar pendek adidas merah,dan tidak berbaju,aku terus meluru ke ruang tamu.sebaik saja daun pintu terbuka,dengan sepantas kilat juga hidung ku mengesan bau yang wangi yang mampu merangsangkan nafsu makan ku yang bila bila masa aje akan terbuka di ibaratkan "orang yang mengantuk disorong bantal".Tiba-tiba mata ku terpandang akan kelibat berketul ketul ayam goreng panas di atas meja.ppeeeerrrrggghh!!! Ini betul2 menggugat kestabilan seleraku di bulan nih.Kegagalan perjuangan ku sudah semakin menerbitkan sinarnya.Aku tak mampu menahannya lagi,langkah segera harus ku ambil..perjuangan ku yg umpama 'Street Fighter' itu sudah tidak boleh kupakai lagi.Dalam kekalutan yang tak mampu ku bendung itu,satu keputusan drastik harus di ambil,YA! cuma satu keputusan sahaja yang aku perlukan??.........aaaahhh!lupa kan pasal perjuangan yang aku tanam dalam diri aku malam tadi.Ni semua pengaruh luar je...Nekad tetap nekad,maka satu keputusan telah dicapai diantara aku dan ketulan2 ayam goreng tadi...jadi kami telah bersetuju,sukasama suka,ketulan ayam tersebut bersetuju untuk di lahap oleh aku sementara aku pulak bersedia untuk melahap ketulan2 ayam tersebut.....buuurrrppp!

p/s:Ni aku cerita ni untuk moral je..tak digalakkan ikut.kalau boleh tahan nafsu,tahan la....tak baik oooo.....kalau tak tak boleh tahan contact aku..hehehe...

Wednesday, September 3, 2008

Selamat berpuasa...

kat sini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua bloggers bloggists...kepada mereka yang suka buka laman blog,kepada mana2 kawan yang kenal aku...selamat berpuasa..kepada yang berkenaan,ini satu pengumuman..bermula di bulan ramadhan ni,maka dah start dah kiraan waktu Tehran kita ni...jadi jangan segan silu untuk meng'invite'kan aku ni ke mana2 majlis berbuka puasa mengikut waktu Tehran ni...ku menanti dengan penuh debar...hiks!

Hati hati bila menziarahi orang meninggal...Hehehe...

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ..
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of
this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang
tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap
panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang.
Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah
perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya
tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man
tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun
dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air
lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan
syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada
bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh
orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya
terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
(tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya
sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan
saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
meninggal.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan
ikhtibar.
Cerita ni aku saja je cedok dari kisah masyarakat tapi aku tak pasti siapa dan dimana ia berlaku.tapi ia hanya untuk tujuan perkongsian.bukan kongsi,bilik yg indon kontrak tu duduk.atau bukan 'kongsikong sikong sini'lagu raya cina tu..pasal ni dah bulan posa tak lama lg kite yg raya..begitu la citer nya....

Tuesday, August 26, 2008

HAHAHA........

hahahahahahahahahahahahahhahaaahhaaaahahahaha..................

Monday, July 21, 2008

PAPALABEDUL...

Bila aku ingat2 balik di waktu keremajaan aku suatu ketika dulu,aku rasa best gile..mana taknye,makan, tido, lepak, isap rokok, main bola, musik, takde kerja lain.Memang waktu tu saat2 yang begitu memberi aku kesan dalam idup aku.Rasa macam sampah pun ade jugak.Yela,org duk pandang serong je...sebab diaorg tak nak pandang tepat kat aku..tu la pasal.Tapi waktu tu aku bukan peduli pun ngan masyarakat keliiing aku..makcik som nak kate aku isap dadah? kate la..aku tak buat pun.Yang penting aku tau ape yg aku buat.Sape2 yg duk sibuk2 badan dia dekat aku,dgn penuh rasa hormatnya aku mengangkat waris jari hantu lembut aku ni betul2 kat depan muka diaorg.Baru dia org tau sape batman,sape jokernya...
Tu dulu la..tapi sampai sekarang pun aku masih tak puas hati pun dengan diaorg tu..klu aku jumpa dgn diaorg tu...aku potong...???Zaman aku duk bergiat cargas dalam bidang musik dulu.Masa tu memang paling hit la dalam idup aku!Idup mati aku ngan musik aje dari subuh bawak ke zohor,dari zohor ke asar,maghrib,isyak pastu subuh balik..its all about music!Uiihks,memang fuckin' asshole betul masa tu.Zaman tu nak dengar lagu dalam aliran aku ni sikit punya payahnye..kat kedai2 biasa ni toksah harap nak jumpa...nak mesti mau order.Pendek kata,kalau orang tua dengar memang sah2 makan tapak kaki diaorg.Tapi takdela pulak aku kena...
Atas sebab kecintaan aku pada musik ni la yang mendorong aku sehinggakan tertubuhnya band aku dulu(nama dirahsiakan).Kalau nak ikutkan aku mane la layak nak bikin band ni.yela mana ade bakat pun sgt..main belasah je..tapi sebab semangat waktu tu ala2 bisul masak yang dah nak meletup,jadi semua budak2 aku jadi termiang miang nak buat band yg berkonsepkan D.I.Y.Nak sign ngan major label kang dah sah2 tak dapat.Nak buat album sendiri takde budget,jadi dah gatal sgt,buat konsep d.i.y je..rakaman buat sendiri dgn belanja Rm30,kulit album buat sendiri,tape decorate sendiri,promosi buat sendiri,untung takde,rugi tanggung sendiri,pendek kata semua sendiri bikin sendiri tanggung.Tapi waktu tu aku tak kisah sangat pasal aku puas!Puas!Memang aku puas gile...usaha aku tu berbaloi bukan dari segi kewangan, tapi dari segi supportive rakan2.Bukan aku nak glamour pun,tapi bila dah aku ade band aku dapat banyak kawan yang menyokong dari seluruh malaysia...klu nak kira hari hari aku dapat surat dari kawan.Itu yang syok nya..lama betul aku jadi penganggur kehormat,sampaikan tok ketua ngan AJK Kampung naik rimas ngan aku.Tu belum kira lagi ngan Ketua Belia,Tok imam,Tok Bilal semua..." rosak dah budak tu duk usung gitar sana sini,isap dadah la tu "...Emm...tu la ayat2 yang selalu bermain dekat dgn telinga aku ni.. macam nyamuk,mengiang ngiang...sampai sekarang pun aku belum nampak ape signifikan nya dadah ngan musik itu sendiri...bila sebut pasal musik orang tua tua ni terus ingat dadah la, parti liar, buang masa la, dan beberapa pekara lain yang langsung tak masuk ngan musik ni.
Bile ingat balik zaman zaman struggle dulu rasa best je idup..kalau ade masalah pun tak la terasa sangat.Abis kuat pun settle bila dah dapat pegang gitar,blow amp,melalak lalak...tapi klu nak di bandingkan dgn sekarang,memang dah jauh sangat dah lari nya.Band yang low profile akan stay macam tu walau pun diaorg pun famous jugak walaupun tak menyeluruh...ade gak band yang melompat ketengah dan xpose ke dunia luar dan mendapat tempatnya.Ape jua cara diaorg aku rasa zaman ni semua kena buat cara profesional dah tak buleh nak buat tangkap muat je...walau pun berbeza level.kalau meanstream ade cara nya,klu underground ade jugak caranya janji masing masing tahu ape yang diaorang buat,dan tahu kemana jalan nak di tuju...
Uih...penat aku nak cerita pasal musik dan aku ni,memang banyak ceritanya..nanti senang aku citer la lagi..Ini aku punya starting grid je,mukadimah...tgkla gambar aku pegang gitar bass tu nampak macam terrer je tapi hampas.Ngada ngada je tu...eksyen je lebih..baru aritu aku dapat pegang gitar.dah hampir setahun gak aku tak mengadap mendealah tu..bile main je jadi macam gampang..cis!tak guna betul la...takpe la aku stop kat sini dulu la ye..air kopi takde nak tulis takde feel..nanti aku sambung bile bile aku rasa aku nak tulis.Jadi aku post kan dulu part ni,part lain,nanti lain hari,lain masa, lain tempat, tapi dalam satu blog hanya di Kelukakukakipaku...!!!

TAHUKAH KAMU SEMUA???

....Dalam sehari manusia cuma ada beberapa minit saja untuk memperbaiki dirinya..ini disebabkan kebanyakkan masa yang ada di habiskan hanya untuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain sahaja.Kadang-kadang mereka langsung tiada masa untuk memperbaiki diri sendiri kerana mereka sentiasa menganggap bahawa hanya diri mereka sahaja yang sempurna dalam semua aspek....aku rasa kat rumah diaorang ada simpan cermin ajaib macam dalam cerita fairy tales budak pra sekolah tu kot...?Mesti hari hari bangun tido je diaorg terus je pegi kat cermin tu,pastu tanya.." Wahai Cermin ajaib!...siapakah manusia yang paling sempurna dalam dunia ini? " Maka cermin pun katala.." Wahai manusia...Engkaula manusia yang paling sempurna diatas muka bumi ini.."....

Friday, July 18, 2008

politikus

senario politik negara semakin menghimpit sejak kebelakangan ini.Aku masih tercari cari mana pihak yg benar dan mana yang salah.kebenaran ade dimana-mana..cuma kite perlu berusaha mencarinya.politik adalah kehidupan kita yang mana selagi kita bernafas tak kira sama ada nafas segar atau nafas berbau,politik adalah sebahagian dari kehidupan kita...apa yg aku nak ulas kan kat sini,adalah kesedaran kita betapa kita telah di politik kan sejak kita di lahirkan.Kalau kita ke kanan ada politik,kekiri juga begitu..

Kepolitikkan dunia telah lama wujud,sedar tak sedar kita senang senang berada di bawah pengaruhnya.Dari sekecil kecil politik sehingga sebesar besarnya,sehinggakan sanggup berpecah belah,berperang dan bunuh membunuh..uih!macam berat je aku punya citer ni...bukan ape aku sebenarnya tak berapa puas hati dengan corak kehidupan yang di amalkan oleh segelintir manusia zaman sekarang ni.Ade yang baik macam aku ni(hehehe..) di tindas,ade yang perangai tak buleh blah tu,itu la yang disanjungi.Memang susah dah nak cari kehidupan yang betul2 jujur dan ikhlas zaman la ni..semuanya nak pijak kepala.pijak la taik lembu ke,menyusahkan aku je...Sebetulnya tulisan aku ni tak la merujuk dengan mana2 pihak,just aku punya suara hati yang lunak ni je.Bagi aku selagi aku buleh idup dgn tenang,bebas,tak kaco orang,takde masalah yang bertimpa timpa mcm sekarang ni...
Jadi dalam kasus yang kepundetkan macam ni, kita mesti bertindak dengan lebih pantas.Jangan biarkan politik menguasai diri kita dan sebalik nya kita yang menguasai politik itu serta menjadikan nya sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat bukan kepada diri kita tapi juga orang lain.Kekadang kesilapan spesis manusia yang bodoh juga yang meyebabkan kekotoran pada politik itu sendiri.Kesempatan yg diambil terhadap kelemahan orang lain yg mejadi punca kita mudah di kaburi dengan politik politik yang kadang2 kita sendiri sememang nya dah tahu tetapi masih lagi mempercayai politik2 seperti politik 'makcik Bedah'.
Politik penting dalam kehidupan...tapi jangan disalahgunakan.Apa pun kita kena ingat politik takkan berhenti,bak kata Karam Singh Wallia..."Aku takkan mati,selagi enjin motosikal aku ni hidup"( dia ke yang cakap macam tu?hah?).



Wednesday, July 16, 2008

Betul ke ni?

Ini first time aku buat blog merapu macam ni. Mana aku nak tau blog memblog ni...yelah asyik duk tgk blog orang je..teringin gak nak cuba.betul ke aku buat blog ni..???kalau nak di ikutkan,banyak benda dalam kepala dan jiwa raga aku yg aku nak luah kan tapi sememangnya aku akur yang aku ni takde kepakaran dalam bidang penulisan atau pe'taip'an ni.Jadi pada sesiapa yang buleh bantu aku dan blog aku ni,sangat di alu alukan.klu pompuan lagi aku suka..(gurau je..).Tak kira la sapa saja,ayuh la sama2 menjana blog aku ni dgn opinion-opinion korang..yek.Untuk permulaan ni aku kena banyak belajar lagi.

Ok terima kasih buat semua blogge-bloggi. Dengan ini rasmi la hari ini laman blog 'KELUKAKUKAKIPAKU'aku yang macam bagus ni. Kiranya blog aku ni macam anak baru lahir la,perlukan bimbingan..bak kata orang,'saya budak baru belajar kalau salah jangan jolok bontot saya'...hehehe..